HIJZ ARTICLES & Research (also as personel note)  
   

Prinsip Muamalat
Pertama kali nya untuk menulis. Sekadar menulis sebagai cacatan diriku yang mudah lupa. Ingin bercerita berkaitan muaamalat. Muamalat iaitu tatacara atau peraturan yang berkaitan dengan hubungan antara manusia yang merangkumi bidang sosial ekonomi, politik dan lain-lain untuk memenuhi keperluan manusia berdasarkan syariat Islam.
Antara konsep muaamalat dalam Islam adalah berjual beli. Jual beli atau perniagaan merupakan penukaran manfaat atau bertukar-tukar harta untuk memenuhi untuk keperluan diri.
Saham merujuk kepada kepentingan daripada sebahagian urusan perkembangan perniagaan. Saham ialah salah satu cara untuk memiliki harta syarikat dan diberi sijil syer. Antara lain tujuan utama atau objektif saham dibentuk untuk memaksimumkan modal perniagaan. Seterusnya, dapat meni meningkatkan lagi hasil pulangan yang tinggi berdasarkan pasaran semasa. Namu terdapat beberapa risiko yang perlu pemengang saham tempuh; risiko politik tempata dan kadar bunga yang berubah-ubah.

Konsep Dam
Dari segi istilah dam bermakna denda berupa binatang atau penggantinya samaada makanan atau ouasa yang wajib dikenakan pada mereka yang mengerjakan haji atau umrah kerana meninggalkan perkara wajib ayau melakukan perkara larangannya atau menunaikan haji tammatuk atau qiran.

Tertib dan Takdir:

  1. Ihram cara tamtuk
  2. Ihram cara qiran
  3. luput waktu di padang arafah
  4. Tidak bermalam di Mina