Bab

Rentetan

5

 

 

 

Rentetan

 

Dalam bab ini anda akan belajar mengenai rentetan (string) dan bagaimana ia boleh diolah dengan menggunakan operator & (ampersand) dan beberapa fungsi rentetan.

 

  Objektif

Setelah mengikuti modul ini anda akan dapat mengolah sebarang rentetan dengan menggunakan operator, fungsi dan acara (event) berikut:

1)      Operator  cantuman: &

2)      Fungsi:

LCase(string)

UCase(string)

StrComp(string1,string2, [compare])

StrConv(string, conversion)

Len(string)

Trim(string)

Str(string)

 

3)      Acara: Change

4)      Property: TabIndex

 

 

  Beberapa Contoh Rentetan

Gabungan beberapa aksara menghasilkan satu rentetan. Rentetan boleh dikatakan sebagai sebarang data yang bukan nombor. Oleh sebab ia bukan nombor, operasi matematik tidak boleh dilakukan ke atasnya.

 


Berikut adalah beberapa contoh rentetan:

 

Contoh:

Negeri

Kucing dan Tikus

Kassim Selamat

 

 

Berikut bukan rentetan kerana ia adalah nombor

34

56,890

 

 

Dalam VB, rentetan ditandakan dengan pembuka dan penutup kata.

“Negeri”

“Kucing dan Tikus”

“Kassim Selamat”

 

Nombor boleh dijadikan rentetan apabila ia ditandakan sedemikian.

“34”

“56,890”

 

Apabila nombor telah ditukarkan kepada bentuk rentetan operasi matematik tidak boleh dilakukan ke atasnya.

 

Contoh:

Dim kedudukan As String

Dim tanda As Integer

 

kududukan = “45”

tanda = 45

 

2 * kedudukan  à menghasilkan Ralat

2 * tanda           à menghasilkan 90

 

 

 

 

  Pembolehubah Rentetan

Pembolehubah rentetan ialah nama yang diberi kepada sesuatu rentetan. Nilai sesuatu pembolehubah rentetan boleh diumpukkan atau diubah dengan pernyataan umpukan (assignment statements).

 

Rentetan dan pembolehubah rentetan boleh dipaparkan dengan menggunakan:

·         method Print bagi control Picture Box,

·         property Text bagi control Text Box, dan

·         property Caption bagi control Label

 

Contoh:

 

    Dim test As String

    test = "Ini contoh"

    Print test                       ß bagi form

    txtTest.Text = test         ß bagi control Text Box

    lblTest.Caption = test    ß bagi control Label

    picTest.Print test           ß bagi control Picture Box

 

 

Ia juga boleh dipaparkan terus tanpa menggunakan pembolehubah rentetan

 

    Print “Ini contoh”                        ß bagi form

    txtTest.Text = “Ini contoh”         ß bagi control Text Box

    lblTest.Caption = “Ini contoh”    ß bagi control Label

    picTest.Print "Hello"                  ß bagi control Picture Box

 

 

 

Pengisytiharan Pembolehubah Rentetan

Pembolehubah jenis rentetan boleh diisytiharkan seperti berikut:

 

Dim nama As String

 

 

Nilainya pula boleh diumpukkan seperti:

 

Nama = “Maktab Perguruan”

 

 

 

Mencantumkan (concatination) Rentetan Dengan Operator &

 

Beberapa rentetan boleh dicantumkan (concatenate) dengan menggunakan operator &.

 

Contoh:

 

 “Mohammad” & “Ali”  à MohammadAli

 


 

Perhatikan bahawa tidak terdapat ruang (space) di antara 2 rentetan di atas. Ruang boleh ditambah di antara 2 rentetan dengan menggunakan salah satu kaedah berikut:

 

“Mohammad “ & “Ali”             à Mohammad Ali

“Mohammad” & “ Ali”             à Mohammad Ali

“Mohammad” & “ “ & “Ali”      à Mohammad Ali

 

 

 

  Aktiviti 1

Aktiviti ini akan menunjukkan kepada anda bagaimana sesuatu rentetan boleh dipaparkan pada sesuatu control atau objek.

 

Mulakan satu projek baru dan wujudkan satu form seperti pada Rajah 5.1. Setkan semua control (objek) mengikut spesifikasi pada Jadual 5.1

 

                  Rajah 5.1

 

 

Object

Name

Properties

Form

frmTest

Gunakan nilai default

Text Box

txtTest

sda

Picture Box

picTest

sda

Label

lblTest

sda

Command Button

cmdTest

sda

                                            Jadual 5.1

 

 


Masukkan aturcara berikut ke dalam butang Command1

 

Private Sub cmdTest_Click()

    Dim test As String

    test = "Ini Contoh"

    Print test              'cetak atas Form

    frmTest.Caption = test  'untuk tajuk Form

    txtTest.Text = test     'untuk Text Box

    lblTest.Caption = test  'untuk Label

    picTest.Print test      'untuk Picture Box

    cmdTest.Caption = test  'untuk Command Button

End Sub

 

 

Laksanakan aturcara dan klik butang Command1. Hentikan aturcara dengan mengklik butang End di Toolbar.

 

 

Hasil yang harus anda perolehi adalah seperti pada Rajah 5.2.

 

                  Rajah 5.2

 

 

 


 

  Aktiviti 2

 

Dalam aktiviti ini akan akan mencantumkan 2 rentetan dan memaparkan hasil cantuman ini di atas form dengan menggunakan arahan Print.

 

Mulakan satu projek baru dan wujudkan satu form seperti pada Rajah 5.3. Setkan semua control (objek) mengikut spesifikasi pada Jadual 5.2.

 

 

                              Rajah 5.3

 

 

Object

Name

Properties

Form

frmRentetan

Caption:        Cantum 1

Command Button

cmdCantum

Caption:        &Cantum

cmdKeluar

Caption:        &Keluar

                                                   Jadual 5.2

 

 

Masukkan kod berikut ke dalam kedua-dua butang tersebut:

 

Private Sub cmdCantum_Click()

    Print “Kassim “ & “Selamat”

End Sub

 

Private Sub cmdKeluar_Click()

    End

End Sub

 


Laksanakan aturcara dan klik butang Cantum untuk mendapatkan hasil berikut:

 

                                Rajah 5.4

 

 

 

 

  Aktiviti 3

 

Aktiviti ini adalah lanjutan daripada Aktiviti 2. Perbezaannya ialah Aktiviti 3 menggunakan pembolehubah rentetan.

 

Ubahsuai kod pada butang Cantum seperti di bawah dan kemudian laksanakan aturcara:

 

Private Sub cmdCantum_Click()

    Dim nama As String

    Dim bapa As String

    nama = "Kassim"

    bapa = "Selamat"

    Print nama & " " & bapa

End Sub

 

Hasil perlaksanaan aturcara adalah sama seperti Rajah 5.4

 

 

 


 

  Aktiviti 4

Aktiviti ini membantu anda bagamana mengekstrak beberapa rentetan daripada Text Box dan mencantumkannya. Hasil cantuman kemudian dipaparkan di Text Box yang lain.

 

Mulakan satu projek baru dan wujudkan satu form seperti pada Rajah 5.5. Setkan semua control (objek) mengikut spesifikasi pada Jadual 5.3.

 

 

                                   Rajah 5.5

 

Object

Name

Properties

Form

frmRentetan

Caption

Cantum 1

Command Button

cmdCantum

Caption

&Cantum

cmdKeluar

Caption

&Keluar

Label

lblAnda

Caption

Masukkan Nama Anda:

lblBapa

Caption

Masukkan Nama Bapa Anda:

lblHasil

Caption

Nama Anda Ialah:

Text Box

txtAnda

Text

kosongkan

TabIndex

0

txtBapa

Text

kosongkan

TabIndex

1

txtHasil

Text

kosongkan

                                                        Jadual 5.3

Masukkan kod berikut di dalam butang Cantum:

 

Private Sub cmdCantum_Click()

    txtHasil.Text = txtAnda.Text & " " & txtBapa.Text

End Sub

 

Private Sub cmdKeluar_Click()

    End

End Sub

 

 

Laksanakan aturcara. Contoh hasil yang harus anda perolehi adalah seperti berikut:

 

                                   Rajah 5.6

 

Catatan:

 

Apabila anda melaksanakan aturcara di atas, kursor akan berada di objek (control) yang mempunyai TabIndex 0.  Menekan kekunci Tab akan menggerakkan kursor ke TabIndex 1 dan seterusnya.

 

Jika anda ingin, kursor berada di sesuatu kontrol semasa aturcara dilaksanakan, setkan TabIndex-nya dengan nilai 0.


 

  Aktiviti 5

 

Aktiviti-aktiviti di atas semuanya menggunakan acara (event) Click. Aktiviti ini mengajar anda bagaimana menggunakan acara Change untuk menyalin satu rentetan dari satu Text Box ke Text Box yang lain.

 

Acara Change akan tercetus apabila terdapat sebarang perubahan (change) dalam sesuatu control.

 

Mulakan satu projek baru dan wujudkan satu form seperti pada Rajah 5.7. Setkan semua control (objek) mengikut spesifikasi pada Jadual 5.4.

 

 

                       Rajah 5.7

 

 

Object

Name

Properties

Form

frmSalinan

Caption

Salin Saya

Label

lblAsal

Caption

Asal:

lblSalinan

Caption

Salinan:

Text Box

txtAsal

Text

kosongkan

TabIndex

0

txtSalinan

Text

kosongkan

TabIndex

1

                                          Jadual 5.4

 


Masukkan kod berikut ke dalam control Text Box, txtAsal.

 

Private Sub txtAsal_Change()

    txtSalinan.Text = txtAsal.Text

End Sub

 

 

Laksanakan aturcara dan taipkan sebarang teks di medan Asal. Teks yang sama akan disalin secara automatik di medan Salinan.

 

Ini berlaku kerana sebarang perubahan teks dalam medan Asal akan mencetuskan acara Change (Change Event).

 

 

Contoh hasil yang harus anda diperolehi:

 

                     Rajah 5.8

 

 

Untuk menghentikankan aturcara, klik butang End pada Toolbar.

 

 

 

 

 

Mengubah Case Rentetan

Case merujuk kepada huruf besar dan kecil pada huruf abjad.

 

Case Rentetan ada 3 bentuk:

 

Bentuk 1 (semua huruf kecil)        -  saya gemar visual basic

Bentuk 2 (semua huruf besar)      -  SAYA GEMAR VISUAL BASIC

Bentuk 3 (huruf besar pada huruf pertama bagi setiap perkataan)

                                                      -  Saya Gemar Visual Basic

 

Rentetan boleh ditukar daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain dengan menggunakan fungsi berikut:

 

 

Tukar Ke Bentuk

Guna Fungsi

1

LCase(rentetan) ATAU StrConv(rentetan, vbUpperCase)

2

UCase(rentetan) ATAU StrConv(rentetan, vbLowerCase)

3

StrConv(rentetan, vbProperCase)

 

 

Contoh:

 

Dim tajuk As String

 

tajuk = “Saya gemar VISUAL BASIC”

 

UCase(tajuk) à menghasilkan à SAYA GEMAR VISUAL BASIC

LCase(tajuk) à menghasilkan à saya gemar visual basic

 

StrConv(tajuk, vbUpperCase) à  SAYA GEMAR VISUAL BASIC

StrConv(tajuk, vbLowerCase) à saya gemar visual basic

StrConv(tajuk, vbProperCase) à Saya Gemar Visual Basic

 

 

Perhatikan:

Fungsi UCase(rentetan) sama dengan StrConv(tajuk, vbUpperCase) dan

fungsi LCase(rentetan) sama dengan StrConv(tajuk, vbLowerCase).

 

 


 

Aktiviti 6

Aktiviti ini mengajar anda bagaimana menggunakan beberapa fungsi rentetan. Apabila anda menginput sesuatu rentetan ia akan dipapar ke dalam 3 bentuk. Acara Change digunakan untuk tujuan ini.

 

Mulakan satu projek baru dan wujudkan satu form seperti pada Rajah 5.9. Setkan semua control (objek) mengikut spesifikasi pada Jadual 5.5.

 

 

                           Rajah 5.9

 

 

Object

Name

Properties

Form

frmTukarKes

Caption        

Tukar Saya

Text Box

txtInput

Text             

kosongkan

txtBentuk1

Text             

kosongkan

txtBentuk2

Text             

kosongkan

txtBentuk3

Text             

kosongkan

Label

lblInput

Caption        

Input Anda:

TabIndex

0

lblBentuk1

Caption        

Bentuk 1:

lblBentuk2

Caption        

Bentuk 2:

lblBentuk3

Caption        

Bentuk 3:

Commad Button

cmdPadam

Caption        

&Padam

cmdKeluar

Caption        

&Keluar

                                            Jadual 5.5

 

 

 

Masukkan kod berikut ke dalam control (objek) yang berkaitan:

 

Private Sub txtInput_Change()

    txtBentuk1.Text = LCase(txtInput.Text)

    txtBentuk2.Text = UCase(txtInput.Text)

    txtBentuk3.Text = StrConv(txtInput.Text, vbProperCase)

End Sub

 

Private Sub cmdKeluar_Click()

    End

End Sub

 

Private Sub cmdPadam_Click()

    txtInput.Text = ""

    txtBentuk1.Text = ""

    txtBentuk2.Text = ""

    txtBentuk3.Text = ""

End Sub

 

 

Laksanakan aturcara dan taipkan sebarang teks di dalam medan “Input Anda” misalnya : Saya gemar VISUAL BASIC.   Contoh hasil yang akan anda perolehi:

 

                     Rajah 5.10

 

 

 


 

  Membandingkan 2 Rentetan

Dua rentetan boleh jadi sama atau berlainan. Fungsi StrComp( ) biasanya digunakan untuk menentukan sama ada kedua-dua rentetan itu adalah sama atau sebaliknya.

 

Antara kegunaan membandingkan rentetan adalah:

·         Menyemak sama ada kata laluan yang diberi oleh pengguna adalah betul

·         Menyemak sama ada sesuatu jawapan itu betul atau salah

 

 

Penggunaan StrComp(rentetan1, rentetan2, [perbandingan])

 

Perbandingan

Case

Contoh

0 atau ditiadakan (omitted)

Case sensitive

StrComp(rentetan1, rentetan2, 0)

1

Case insensitive

StrComp(rentetan1, rentetan2, 1)

 

Parameter perbandingan digunakan agar penyemakan rentetan dijalankan secara case sensitive atau case insensitive.

 

 

Apabila fungsi StrComp( ) dilaksanakan, ia akan mengembalikan satu nilai dan ini boleh ditafsirkan seperti berikut:

 

Nilai Dikembalikan

Makna

-1

rentetan1 < rentetan2

0

rentetan1 = rentetan2

1

rentetan1 > rentetan2

Null

rentetan1 dan/atau rentetan2 adalah Null

 

 

Sesuatu rentetan itu kurang atau lebih besar daripada satu rentetan yang lain berdaser nilai ASCII-nya. Perbandingan dilakukan dari kiri ke kanan rentetan secara aksara demi aksara di antara kedua-dua rentetan. Apabila terdapat perbezaan 1 aksara, perbandingan akan terhenti dan nilai dikembalikan.

 

 

Contoh:

 

Rentetan1 = “Jelapang”

Rentetan2 = “JelaPANG”

StrComp(Rentetan1, Rentetan2, 0)

 

Perbandingan akan berterusan sehingga ke aksara ke-5 sahaja yakni huruf p. Oleh sebab nilai ASCII bagi huruf kecil p lebih esar daripada nilai ASCII bagi huruf besar P, maka Rentetan1 dianggap lebih besar daripada Rentetan2 dan nilai 1 akan dikembalikan.

 

 

Contoh:

StrComp(“Komputer”, “KOMPUTER”) atau

Line Callout 2: Perbandingan kes sensitifStrComp(“Komputer”, “KOMPUTER”,0)

 

 

 

Kedua-dua fungsi di atas mengembalikan nilai 1 yang bermakna “Komputer” lebih besar daripada “KOMPUTER”. Ini kerana huruf kecil o lebih besar nilai ASCII-nya daripada huruf besar O. Perbandingan dilakukan hanya setakat aksara kedua sahaja yakni huruf o.

 

Line Callout 2: Perbandingan kes tak sensitif
 


Contoh:

StrComp(“Komputer”, “KOMPUTER”,1)

 

Fungsi ini mengembalikan nilai 0 yang bermakna kedua-kedua rentetan adalah sama. Ini kerana perbandingan dibuat secara case insensitive.

 

 

Contoh:

 

Aturcara ini menyemak sama ada kata laluan pengguna betul atau salah. Jika betul ia dibenarkan menggunakan sistem. Sebaliknya jika salah ia dikehendaki mencuba lagi.

 

Dim InputPengguna As String

Dim kataLaluan As String

Dim nilaiBanding As String

 

InputPengguna = “jum45k”

kataLaluan = “i45sat”

 

nilaiBanding = StrComp(inputPengguna, kataLaluan, 0)

 

If nilaiBanding = 0 Then

    Print “Selamat Datang Ke Sistem Biodata”

Else

    Print “Kata Laluan anda SALAH!, cuba lagi”

End If

 

 

Aktiviti 7

Aktiviti ini mengajar anda bagaimana fungsi StrComp( ) boleh digunakan. Pelaksanaan fungsi ini akan mengembalikan satu nilai integer yang akan dipaparkan. Tafsiran nilai ini menentukan sama ada kedua-dua rentetan yang diuji sama ada sama atau sebaliknya.

 

Mulakan satu projek baru dan wujudkan satu form seperti pada Rajah 5.11. Setkan semua control (objek) mengikut spesifikasi pada Jadual 5.6.

 

 

                     Rajah 5.11

 


 

Object

Name

Properties

Form

frmBanding

Caption   

Perbandingan Rentetan

Text Box

txtRentetan1

Text        

kosongkan

TabIndex

0

txtRentetan2

Text        

kosongkan

TabIndex

1

txtNilaiKembali

Text        

kosongkan

Frame

fraKes

Caption

Kes

Option Button

optCaseSensitive

Caption

0 – Case Sensitive (Default)

optCaseInSensitive

Caption

1 – Case Insensitive

Catatan:

Pastikan anda wujudkan Frame dahulu dan kemudian baru masukkan kedua-dua Option Button. Mengapa?

Label

Gunakan control Label untuk melabelkan seperti yang terdapat pada form. Gunakan nilai default bagi Nama dan Properties.

Commad Button

cmdBanding

Caption   

&Bandingkan Rentetan

cmdKeluar

Caption   

&Keluar

                                                  Rajah 5.6

 

 

 

Masukkan kod berikut ke dalam control yang berkaitan:

 

Dim Kes As Integer

   

Private Sub cmdBanding_Click()

    Dim Rentetan1 As String

    Dim Rentetan2 As String

    Rentetan1 = txtRentetan1.Text

    Rentetan2 = txtRentetan2.Text

    txtNilaiKembali = StrComp(Rentetan1, Rentetan2, Kes)

End Sub

 

Private Sub cmdKeluar_Click()

    End

End Sub

 

 

 

Private Sub optCaseInsensitive_Click()

    Kes = 1

End Sub

 

Private Sub optCaseSensitive_Click()

    Kes = 0

End Sub

 

 

Laksanakan aturcara dan taipkan sebarang teks di dalam medan “Rentetan 1” dan “Rentetan2”. Berikut adalah contoh hasil yang akan anda perolehi:

 

                     Rajah 5.12

 


 

  Mengira Panjang Rentetan

Panjang sesuatu rentetan boleh ditentukan dengan menggunakan fungsi Trim( ). Fungsi ini akan mengembalikan satu nilai yang menunjukkan bilangan aksara yang terdapat pada rentetan berkenaan.

 

 

Contoh:

 

Nama = “Rahmat Johari”

Panjang = Len(Nama)

 

Pembolehubah Panjang akan memberi nilai 13 termasuk 1 ruang yang dianggap sebagai 1 aksara.

 

Nama = InputBox (“Taipkan Nama Anda”)

PanjangNama = Len(Nama)

 

Antara kegunaannya adalah:

·         Menyemak sama ada panjang kata laluan yang diberi oleh pengguna mesti tidak lebih atau kurang daripada bilangan tertentu.
Kadangkala, sistem memerlukan panjang kata laluan pengguna tidak kurang daripada 6 aksara untuk tujuan keselamatan.

 

 

  Membuang Trailing Space Pada Rentetan

Ada kalanya terdapat ruang (space) di depan atau di belakang sesuatu rentetan. Arahan Print sentiasa memaparkan nombor yang bukan negatif dengan leading space. Arahan Print ini juga memaparkan trailing space bagi setiap nombor (nombor positif dan negatif)

 

 

Contoh:

 

Nombor 5 dan - 5 mempunyai ruang seperti berikut:

 

 

Leading space

 

5

Trailing space

 

-

5

 

 

 


Untuk membuang ruang ini, salah satu 3 fungsi boleh digunakan:

 

Fungsi

Ruang yang dibuang

LTrim(rentetan)

Kiri (Left) rentetan

RTrim(rentetan)

Kanan (Right) rentetan

Trim(rentetan)

Kiri dan kanan rentetan

 

 

Antara kegunaan membuang ruang pada rentetan adalah:

·         Menyemak sama ada pengguna telah memasukkan data atau belum
Contohnya, ada kalanya medan tertentu perlu diisikan.

 

Contoh:

 

If eMail <> “ ” Then

        MsgBox “Tanpa e-mail kami tidak dapat memproses belian anda”

End If

 

Kod di atas tidak dapat mengecam rentetan yang terdiri daripada ruang. Katakan pengguna menekan beberapa Space Bar dan ini memberi satu rentetan yang hanya terdiri daripada ruang sahaja (empty string)

 

Sebaliknya, fungsi Trim( ) dapat mengatasi masalah ini.

 

If Trim(eMail) <> “ ” Then

        MsgBox “Tanpa e-mail kami tidak dapat memproses belian anda”

End If

 

 

 

 

  Menukar Rentetan Kepada Nombor

Fungsi Val(rentetan) boleh menukar rentetan kepada satu nombor. Manakala Str(nombor) menukar nombor kepada rentetan

 

Contoh:

 

kedudukan = “98”

Val(kedudukan)  à akan mengembalikan nombor 98

Val(“52”)             à akan mengembalikan nombor 52

 

Str(52)                 à akan mengembalikan rentetan 52

 


 

  Aktiviti 8

 

Aktiviti ini membantu anda mengira rentetan di samping mengajar anda bagaimana menggunakan fungsi Len( ).

 

Mulakan satu projek baru dan wujudkan satu form seperti pada Rajah 5.13. Setkan semua control (objek) mengikut spesifikasi pada Jadual 5.7.

 

 

                     Rajah 5.13

 

 

 

Object

Name

Properties

Form

frmPanjangRet

Caption   

Kalkulator Panjang Rentetan

Text Box

txtInput

Text        

kosongkan

TabIndex

0

txtHasil

Text        

kosongkan

Label

Guna nilai default

Caption

Seperti terdapat pada rajah

Command Button

cmdKira

Caption

Kira &Panjang Rentetan

TabIndex

1

cmdKeluar

Caption

&Keluar

TabIndex

2

                                                  Jadual 5.7

 


Masukkan kod berikut ke dalam control cmdKira dan cmdKeluar masing-masing:

 

Private Sub cmdKira_Click()

    txtHasil.Text = Len(txtInput.Text)

End Sub

 

Private Sub cmdKeluar_Click()

    End

End Sub

 

 

Laksanakan aturcara dan taipkan sebarang teks di dalam medan “Taipkan Sebarang Rentetan” dan kemudian klik butang  “Kira Panjang Rentetan”. Berikut adalah contoh hasil yang akan anda perolehi:

 

 

                     Rajah 5.14

 

 

 


 

Aktivit 9

 

Aktiviti ini adalah lanjutan Aktiviti 8. Tetapi kali ini ia membuang ruang sebelum dan selepas rentetan.

 

Ubahsuai form di atas dengan menambah contol: butang, text box dan label yang berkaitan seperti yang ditunjukkan di Rajah 5.15 dan mengikut spesifikasi seperti pada Jadual 5.8.

 

Rajah 5.15

 

 

Object

Name

Properties

Text Box

txtTrim

Text          

kosongkan

txtHasilTrim

Text          

kosongkan

Label

Guna nilai default

Caption

Seperti terdapat pada rajah

Command Button

cmdTrim

Caption

&Trim Ruang

TabIndex

3

                                               Jadual 5.8

 

 

 

 

Masukkan kod berikut ke dalam control cmdTrim.

 

Private Sub cmdTrim_Click()

    txtHasilTrim.Text = Len(Trim(txtInput.Text))

End Sub

 

 

Laksanakan aturcara ini dan masukkan sebarang text. Berikan beberapa ruang sebelum dan selepas teks berkenaan. Kemudian klim butang Trim Ruang.

 

Hasil yang akan anda perolehi dengan menaipkan perkataan “ bpg kpm  “ mempunyai 2 ruang sebelum dan selepasnya adalah seperti berikut:

 

 

                  Rajah 5.16

 

 


 

Latihan dan Penilaian Kendiri

 

Latihan ini menggabungkan perkara-perkara yang telah anda pelajari dan menggunakannya untuk membina satu projek. Anda dikendaki menghasilkan satu form untuk login ke dalam sistem. Jika terdapa kesilapan, salah satu mesej akan dipaparkan untuk membantu pengguna. Untuk tujuan itu, anggapkan kata laluan yang sebenar ialah abcd1234.

 

 

Paparkan borang ini sebaik sahaja aturcara dilaksanakan:

 

 

 

Jika nama pengguna kurang daripada 6 askara atau lebih daripada 8 aksara paparkan mesej ini:

 

 

 

Jika nama kata laluan kurang daripada 8 askara atau lebih daripada 8 aksara paparkan mesej ini:

 

 

 

Jika nama kata laluan adalah 8 aksara tetapi salah paparkan mesej ini:

 

 

 

Jika pengguna tidak mengisikan medan Pengguna, paparkan mesej ini:

 

 

 

Jika pengguna tidak mengisikan medan Kata Laluan, paparkan mesej ini:

 

 

 

Jika semuanya betul berikan kata alauan dengan memaparkan mesej ini: