Bab

Struktur Kawalan

6

Struktur  Kawalan Dalam Pengaturcaraan VB

 

Struktur kawalan merujuk kepada cara mengawal perlaksanaan sesuatu aturcara. Sesuatu arahan dalam satu aturcara boleh dilaksanakan sekali sahaja atau berulangkali bergantung kepada keperluan.

 

 

Di dalam sesuatu pengaturcaraan, terdapat 3 bentuk kawalan yang boleh digunakan iaitu :

·         struktur kawalan jujukan

·         struktur kawalan pilihan / bersyarat

·         struktur kawalan ulangan

 

Di sini kita akan bincangkan mengenai dua struktur kawalan iaitu struktur pilihan dan struktur ulangan.

 

Objektif

Selepas mengikuti bab ini, anda dapat membina aplikasi mudah yang menggunakan :

1)      Struktur Kawalan Pilihan

a)       If…Then

b)       If…Then…Else

c)       Select Case

2)      Struktur Kawalan Gelung

a)       For…Next

b)       Do While…Loop / Do Until…Loop

c)       While…Wend

 

Struktur Pilihan

Struktur pilihan adalah struktur yang menentukan pergerakan struktur aturcara berdasarkan kepada syarat yang diberikan. Struktur ini tidak mengulang pelaksanaan aturcara kerana ia bukan satu struktur ulangan.

 

Teori / Latar Belakang  Struktur Pilihan

Struktur pilihan digunakan dalam situasi di mana terdapat satu atau lebih alternatif tindakan. Daripada alternatif tersebut, pilihan perlu dibuat berdasarkan situasi atau syarat tertentu. Terdapat 2 jenis pernyataan pilihan yang sering digunakan :

 

·         pernyataan IF

·         pernyataan SELECT CASE

 

 

         Pernyataan IF

 

Pernyataan IF biasanya digunakan untuk set aturcara yang mengandungi satu atau lebih pilihan.

 

a.      Sintaks untuk Struktur If…Then adalah seperti berikut:

If syarat Then

Pernyataan 1

Pernyataan 2

End If

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Rajah 6 -  1

 

b.      Sintaks untuk Struktur If…Then.. Else adalah seperti berikut:

If syarat Then

Pernyataan 1

Else

Pernyataan 2

End If

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


                                                Rajah 6 -  2

 

c.      Sintaks bagi Struktur If…Then…ElseIf adalah seperti berikut:

 

 

If syarat 1 Then

Pernyataan 1

ElseIf syarat 2 Then

Pernyataan 2

ElseIf syarat 3 Then

Pernyataan 3

ElseIf syarat 4 Then

Pernyataan 4

Else

Pernyataan  5

End If

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



Pernyataan SELECT CASE

 

Pernyataan SELECT CASE biasanya digunakan untuk set aturcara yang mengandungi alternatif atau pilihan penyelesaian yang banyak.

 

Sintaks bagi Struktur Select Case adalah seperti berikut:

 

Select Case pembolehubah

Case Is > 69                    

Pernyataan 1

Case 66 to 69                  

Pernyataan 2

Case 61 to 65                  

Pernyataan 3

Case 46 to 60                  

Pernyataan 4

Case Else

Pernyataan 5

End select

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Aktiviti  1 :  Aturcara Untuk Menentukan  Status Lulus/Gagal Ujian

Anda dikehendaki membina aturcara yang boleh menerima input markah daripada pengguna dan memaparkan keputusan sama ada lulus ataupun gagal apabila  butang HITUNG GRED diklik.

 

Jadual Sifat-Sifat Objek (Object Properties)

 

       Objek

Properties

Form

frmGred

Caption:           Pengiraan Gred Markah

Label

lblMarkah

Backstyle:       0-Transparent

Forecolor:        (Pilih yang sesuai)

Caption:           Masukkan markah anda

                        (0-100)

lblRespons

Backstyle:       0-Transparent

Forecolor:        (Pilih yang sesuai)

Caption:           (Tiada)

TextBox

txtMarkah

Backstyle:         1-Opaque

Backcolor:         (Pilih yang sesuai)

Forecolor:          (Pilih yang sesuai)

BorderStyle:      1-Fixed Single

Alignment:         2-Center

Text:                 (Tiada)

Font:                 (Pilih Font Style dan Size yang sesuai)

   Command Button

cmdHitungGred

Caption:                        &Hitung Gred

Height:              (Pilih yang sesuai)

Width:               (Pilih yang sesuai)

cmdPadam

Caption:                        &Padam

Height:              (Pilih yang sesuai)

Width:               (Pilih yang sesuai)

cmdTamat

Caption:                        &Tamat

Height:              (Pilih yang sesuai)

Width:               (Pilih yang sesuai)

PictureBox

picGred

                        (Pilih yang sesuai)

                                          Jadual 6.1

Catatan:

1.   Anda boleh laraskan kedudukan ketiga-tiga butang command sekali gus dengan menghighlightkannya dahulu dan kemudian pilih menu Format à Align.

2.   Anda boleh juga melaraskan saiz butang-butang tadi agar kesemuanya bersaiz sama dengan menggunakan menu Format à Make Same Size à Both.

 

Paparan Form Dalam Persekitaran IDE

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Kod Aturcara adalah seperti berikut:

Private Sub Form_Load()

    'Disablekan butang Padam agar pengguna tidak boleh

    'mengkliknya pada awal paparan form

    cmdPadam.Enabled = False

End Sub

 

Private Sub cmdHitungGred_Click()

Dim markah As Integer

'Membaca input, tukarnya kepada value,

'kemudian simpan dalam pembolehubah markah.

markah = Val(txtMarkah.Text)

picGred.Cls 'padamkan isi kandungan dalam picture box.

If markah < 60 Then         'semak samada markah<60

    lblRespons.Caption = "Alamak, anda telah "

    picGred.Print "gagal"   'cetak Gagal jika markah

                            'kurang daripada 60

Else

    lblRespons.Caption = "Tahniah, anda telah "

    picGred.Print "lulus"   'cetak markah jika markah_ lebih atau sama 60

End If

End Sub

 

Private Sub cmdPadam_Click()

   txtMarkah.Text = ""

   lblRespons.Caption = ""

   picGred.Cls

End Sub

 

Private Sub cmdTamat_Click()

    End     'berhentikan program

End Sub

 


Private Sub txtMarkah_Change()

'Hidupkan butang Padam agar pengguna boleh mengkliknya

cmdPadam.Enabled = True

 

If txtMarkah.Text = "" Then

   cmdHitungGred.Enabled = False

Else

   cmdHitungGred.Enabled = True

End If

 

End Sub

 

 

 

 

Paparan Program Yang Telah Dilaksanakan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rajah 6 -  4

 

 

 

Aktiviti 2 : Aturcara Untuk  Mengira Gred Penilaian

 

Aktiviti ini akan menerima input markah daripada pengguna dan memaparkan gred secara automatik.

 

 

Jadual Sifat-Sifat Objek (Object Properties)

 

Objek

Properties

Form

FrmGred

Caption:           Mengira Gred Penilaian

Label

lblTajuk

Backstyle:       0-Transparent

Forecolor:        (Pilih yang sesuai)

Caption:           Program Mengira Gred Penilaian

lblInfo1

Backstyle:       0-Transparent

Forecolor:        (Pilih yang sesuai)

Caption:           Masukkan markah anda (0-100)

lblInfo2

Backstyle:       0-Transparent

Forecolor:        (Pilih yang sesuai)

Caption:           Gred yang diperolehi ialah:

lblGred

Backstyle:       1-Opaque

Backcolor:       (Pilih yang sesuai)

Forecolor:        (Pilih yang sesuai)

BorderStyle:    1-Fixed Single

Alignment:       2-Center

Font:                (Pilih Font Style dan Size

                        yang sesuai)

Caption:           (Tiada)

TextBox

txtMarkah

Backstyle:       1-Opaque

Backcolor:       (Pilih yang sesuai)

Forecolor:        (Pilih yang sesuai)

BorderStyle:    1-Fixed Single

Alignment:       2-Center

Text:                (Tiada)

Font:                (Pilih Font Style dan Size yang sesuai)

Command Button

cmdTamat

Caption:           &Tamat

Height:             (Pilih yang sesuai)

Width:              (Pilih yang sesuai)

 

Jadual 6.2

 

 


 

Paparan Form Dalam Persekitaran IDE

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Rajah 6 -  5

Kod aturcara yang lengkap adalah seperti berikut::

a.  Kod untuk membuat  Prosedur KiraGred

i.    Pada menu klik  View à Code

      atau klik pada ikon View Code di tetingkap projek (di sebelah kanan skrin)

ii.    Kemudian klik pada menu Tool à Add prosedur

iii.   Taipkan KiraGred pada medan Name,

      pilih Type dan Scope seperti pada Rajah 6 - 6

 

Rajah 6 -  6

     


iv.        Klik OK

v.        Masukkan kod dibawa kedalam tetingkap kod

Private Sub KiraGred()

Dim markah As Integer

'Membaca input, tukarnya kepada value,

'kemudian simpan dalam pembolehubah markah.

markah = Val(txtMarkah.Text)

If txtMarkah.Text = "" Then

  lblGred.Caption = ""

ElseIf (markah > 100) Or (markah < 0) Then

   lblGred.Caption = "Ralat"

ElseIf markah >= 80 Then

   lblGred.Caption = "A"

ElseIf markah >= 76 Then

   lblGred.Caption = "B+"

ElseIf markah >= 70 Then

   lblGred.Caption = "B"

ElseIf markah >= 66 Then

   lblGred.Caption = "C+"

ElseIf markah >= 60 Then

   lblGred.Caption = "C"

ElseIf markah >= 60 Then

   lblGred.Caption = "D"

ElseIf markah >= 40 Then

   lblGred.Caption = "E"

Else

   lblGred.Caption = "F"

End If

End Sub

b.  Masukkan kod dibawah pada butang tamat .

Private Sub cmdTamat_Click()

    End     'berhentikan program

End Sub

 


c.  Masukkan kod di bawah pada kotak teks  markah dengan dwiklik txtMarkah

Private Sub txtMarkah_Change()

   KiraGred

End Sub

 

 

Paparan Program Yang Telah Dilaksanakan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Rajah 6 -  7

Renungan:

 

Gred akan diberi apabila anda masukkan markah. Manakala perkataan “Ralat” akan dipaparkan apabila anda masuk markah di luar julat 0 – 100. Tetapi apabila anda masukkan sebarang input dalam bentuk “tek”, gred “F” akan diberi. Bagaimana untuk mengatasi masalah ini agar perkataan “Ralat” dipaparkan apabila sebarang “tek” selain daripada nombor dimasukkan? Mungkin juga anda boleh paparkan tetingkap yang memberitahu pengguna bahawa input dalam bentuk teks tidak dibenarkan.

 


 

Aktiviti 3 : Menentukan Berat Badan Wanita Yang Sesuai Mengikut Tinggi

Aktiviti ini  akan membenarkan anda mengawal skala “tinggi” seseorang wanita pada skrol bar, dan nilai “berat” badannya yang sesuai dipaparkan secara automatik

 

Jadual Sifat-Sifat Objek (Object Properties)

 

Objek

Properties

Form

frmBerat_Tinggi

Caption:           Menentukan Berat Badan

                        Mengikut Tinggi

Label

lblTajukTinggi

Backstyle:       0-Transparent

Forecolor:        (Pilih yang sesuai)

Caption:           Tinggi Badan Wanita (cm)

lblTajukBerat

Backstyle:       0-Transparent

Forecolor:        (Pilih yang sesuai)

Caption:           Berat Badan Sepatutnya (kg)

lblBerat

Caption:           (Tiada)

lblTinggi

Caption:           (Tinggi Badan Wanita (cm))

Horizontal ScrollBar

hscTinggi

Max:                 170

Min:                  160

 

Jadual  6.3

 

 

Paparan Form Dalam Persekitaran IDE

 

 

 

 

 

 

 


Rajah 6 -  8


Kod aturcara yang lengkap adalah seperti berikut:

Option Explicit

Dim Berat As Integer

Dim Tinggi As Integer

Private Sub Form_Load()

   lblTinggi.Caption = hscTinggi.Value

   lblBerat.Caption = "40"

End Sub

Private Sub hscTinggi_Change()

   lblTinggi.Caption = hscTinggi.Value

   Tinggi = Val(lblTinggi.Caption)

Select Case Tinggi

Case Is > 166

   Berat = 66

Case 161 To 166

   Berat = 60

Case 156 To 160

   Berat = 46

Case Else

   Berat = 40

End Select

   lblBerat.Caption = Berat

End Sub

 

Paparan Program Yang Telah Dilaksanakan

 

 

 

 

 

              

Text Box: Rajah 6 -  9

Strukur Ulangan

 

Struktur  ulangan juga dikenali sebagai strukutur gelung.  Gelung merupakan satu set arahan yang dilaksanakan secara berulangan sehingga syarat yang ditetapkan ditemui.  Apabila syarat dipenuhi, aturcara akan melangkah ke struktur seterusnya selepas gelung.

 

Terdapat tiga jenis gelung dalam Visual Basic iaitu:

·         For … Next

·         Do While …Loop  /  Do Until…Loop

·         While … Wend

 

 

Teori / Latar  Belakang Struktur Ulangan

 

Gelung For … Next menggunakan satu nilai pembolehubah integer yang tetap untuk mengawal bilangan ulangan yang akan dilaksanakan.  Pembolehubah ini dipanggil counter (pembilang atau pengira)

 

Sinteks bagi pernyataan For … Next adalah seperti berikut:

 

For Counter = Awal To Akhir  [Step  nilaiStep]

      Arahan-arahan yang akan dilaksanakan

Next Counter

 
 

 

 

 

 


Contoh:

 

For kira = 1 To 10

Badan gelung

Next kira

For bilang = 0 To 100 Step 2

      Badan gelung

Next bilang

 

Nilai kira à 1, 2, 3, …10                        Nilai bilang à 0, 2, 4, 6, 8, … 100

 

Dalam struktur ini, nilai awal dan nilai akhir merupakan nilai integer yang menentukan nilai awal dan nilai akhir untuk counter.  Visual Basic secara automatik akan menambah nilai counter  sebanyak 1 bagi setiap pusingan gelung.  Sekiranya “nilai langkah” (Step) dinyatakan, maka Visual  Basic akan melangkah sebanyak nilai langkah yang dinyatakan dalam kurungan.

 

Pernyataan Do…Loop adalah sama dengan For…Next melainkan ia dikawal oleh satu syarat (condition) dan bukannya satu pembilang (counter)  Badan (body) gelung akan terus dilaksanakan selagi syarat yang diberikan adalah benar (true).  Perjalanan aturcara akan keluar dari gelung apabila syarat menjadi palsu yakni tidak benar (false).

 


Terdapat  2 jenis pernyataan Do…Loop dalam Visual Basic iaitu:

 

·         gelung semak syarat dahulu, Do While … Loop

·         gelung semak syarat kemudian, Do… Loop Until

 

 

Gelung Semak Syarat Dahulu, Do While … Loop

 

Untuk gelung di dalam kategori ini, syarat akan disemak terlebih dahulu untuk menentukan samada sesuatu set arahan yang hendak diulang/digelungkan perlu dilaksanakan atau tidak. Arahan yang hendak digelungkan akan dilaksanakan sekiranya syarat didapati benar.

 

 

Sintaks bagi gelung semak syarat awal                                                  

 

 

Do While  < Syarat >

           Badan Gelung

Loop

 
 

 

 

 

 

 

 


Contoh  :       Masalah - Mengira purata 10 nombor yang dimasukkan melalui papan kekunci.

 

 

Carta Alir

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

                             Rajah 6 -  10
Gelung Semak Syarat Kemudian, Do… Loop Until

Untuk gelung dalam kategori ini pula, set-set arahan yang hendak digelungkan akan dilaksanakan terlebih dahulu sebelum syarat disemak. Dengan itu, arahan-arahan yang hendak digelungkan akan dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali.

 

Sintaks bagi gelung semak syarat kemudian

 

Do

Badan Gelung

Loop Until  < syarat >

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 


Carta Alir

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Rajah 6 -  11

Aktiviti 1: Memaparkan teks mengikut saiz font yang berlainan

 

Aktiviti ini akan memaparkan text “VISUAL BASIC” mengikut saiz font yang berbeza.  Apabila pengguna klik pada butang ASCENDING,  text SELAMAT DATANG akan terpapar mengikut saiz font yang semakin menaik.  Butang DESCENDING akan memaparkan teks mengikut saiz font semakin menurun dan butang CLEAR ALL akan memadamkan semua paparan dari skrin.

 

Bina satu antaramuka  dalam visual basic dengan objek-objeknya seperti dalam gambarajah di bawah.

 

 

Paparan Form dalam persekitaran IDE

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Rajah 6 -  12

 


Tetapkan sifat-sifat objek (Object Properties) berdasarkan Jadual  Object Properties di bawah.

 

 

Jadual Sifat-sifat Objek (Object Properties)

 

Objek

Properties

Form

Name

Caption

Backcolor

frmFORNEXT

Aktiviti 1

(Pilih warna yang sesuai)

TextBox

Name

Caption

txtTeks

(Tiada)

Label

Name

Caption

 

Backcolor

lblNama

Taipkan nama anda

(Gunakan huruf besar)

(Pilih warna yang sesuai)

Command Buttons

Name

Caption

cmdClear

CLEAR ALL

Name

Caption

cmdAscend

ASCENDING

Name

Caption

cmdDescend

DESCENDING

 

Jadual 6.4

 

Kod aturcara adalah seperti berikut:

 

Private Sub cmdAscend_Click()

Message = txtTeks.Text

CurrentX = 0     'Koordinat X dan

CurrentY = 1600  'Koordinat Y untuk Print Message

For I = 6 To 26 Step 6

      Font.Size = I

      Print Message

      Print

Next I

End Sub

 


Private Sub cmdDescend_Click()

Message = txtTeks.Text

CurrentX = 0

CurrentY = 1600

For I = 26 To 6 Step -6

    Font.Size = I

    Print Message

    Print

Next I

End Sub

 

Private Sub cmdClear_Click()

Cls

End Sub

 

 

Paparan Selepas Dilaksanakan

Text Box:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rajah 6 -  13

 

 

Aktiviti 2 :  Mengisih Nilai-Nilai  Integer

 

Aktiviti di bawah memerlukan pengguna  memasukkan nilai-nilai integer dan  Visual Basic akan menyusun semula nombor tersebut mengikut susunan menaik.

 

Sediakan satu antaramuka seperti dalam gambarajah.

 

 

Paparan Form dalam persekitaran IDE

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rajah 6 -  14

 

Tetapkan sifat-sifat objek (Object Properties) mengikut  Jadual  Object Properties di bawah.

 

Jadual Sifat-sifat Objek (Object Properties)

 

Object

Properties

Form

Name

Caption

Backcolor

frmSort

Aktiviti 2

(Pilih yang sesuai)

Label

Name

Caption

 

Backcolor

lblTitle

Aturcara menyusun nombor integer mengikut turutan menaik

(Pilih yang sesuai)

Command Button

 

Name

Caption

cmdSort

Klik Untuk Mula

Name

Caption

cmdTamat

TAMAT

Picture

Name

picOutput

 

Jadual 6.5

 

Kod aturcara adalah seperti berikut:

 

Private Sub cmdClick_Click()

Const n As Integer = 10

Dim x(n) As Integer

Dim temp As Integer

Dim j As Integer

picOutput.Print "Nombor-nombor yang dimasukkan adalah"

picOutput.Print Chr(13)

For j = 1 To n

    x(j) = Val(InputBox("Taipkan integer " & j, 

    "Masukkan Nombor Integer", "", 6600, 2600))

     picOutput.Print x(j);

Next j

picOutput.Print Chr(13)

For j = 1 To n - 1

     For K = j + 1 To n

          If x(j) > x(K) Then

          temp = x(j)

          x(j) = x(K)

          x(K) = temp

          End If

     Next K

Next j

picOutput.Print "Nombor-nombor disusun secara menaik seperti berikut"

picOutput.Print Chr(13)

For j = 1 To n

      picOutput.Print x(j);

Next j

End Sub

 

Private Sub cmdTamat_Click()

Unload Me

End Sub

 

Paparan Selepas dilaksanakan

 

 

Text Box:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rajah 6 -  15

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

Aktiviti 3: Mengira Bilangan Nombor Genap Dan Nombor Ganjil

 

Aktiviti ini akan mengira bilangan nombor genap dan nombor ganjil dari input pengguna.

Sediakan satu antaramuka seperti dalam gambarajah.

 

Paparan Form dalam persekitaran IDE

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rajah 6 -  16

Tetapkan   sifat-sifat objek (Object Properties) seperti  dalam Jadual  Object Properties dibawah.

 

Jadual Sifat-sifat Objek (Object Properties)

 

 

Object

Properties

Form

Name

Caption

Backcolor

FrmGenapGanjil

Aktiviti 3

Pilih warna yang sesuai

Label

Name

Caption

Backcolor

lblTitle

Aturcara menggunakan tatasusunan

Pilih yang sesuai

Command Button

Name

Caption

cmdTamat

TAMAT

 

Jadual 6.6

 

 

 

Kod untuk aturcara di atas adalah:

 

Private Sub Form_Activate()

Const baris As Integer = 3

Const lajur As Integer = 3

Dim x(baris, lajur) As Integer

Dim no_genap As Integer, no_ganjil As Integer

Dim i As Integer, j As Integer

no_genap = 0

no_ganjil = 0

Print

Print

Print

Print "Nombor-nombor integer yang dimasukkan adalah"

Print

For i = 1 To baris

    For j = 1 To lajur

    x(i, j) = Val(InputBox("Taipkan sebarang nombor integer ", "Masukkan nombor integer", " ", 6600, 2600))

    Print x(i, j); "";

    Next j

    Print

Next i

For i = 1 To baris

    For j = 1 To lajur

    If x(i, j) Mod 2 = 0 Then

    no_genap = no_genap + 1

    Else

    no_ganjil = no_ganjil + 1

    End If

    Next j

Next i

Print

Print

Print "Bilangan nombor ganjil adalah " & no_ganjil

Print

Print "Bilangan nombor genap adalah " & no_genap

End Sub

Private Sub cmdExit_click()

  Unload Me

End Sub

 

 

                        Paparan Selepas dilaksanakan

 

Text Box:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rajah 6 -  17

 

 


 

Aktiviti 4:   Mencetak “#” Menggunakan Struktur Do While …Loop

 

Aktiviti ini akan mempamerkan pada skrin aksara”#”

 

Sediakan satu antaramuka seperti dalam gambarajah berikut.

 

 

 

 

 

Paparan Form dalam persekitaran IDE

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rajah 6 -  18

 

Tetapkan  sifat-sifat objek (Object Properties) mengikut  Jadual  Object Properties di bawah.

 

Jadual Sifat-sifat Objek (Object Properties)

 

Object

Properties

Form

Name

Caption

frmCetak

Form1

Label

Name

Caption

Backcolor

lblInput

Taipkan nombor pilihan anda

Pilih yang sesuai

Command Button

Name

Caption

cmdClick

Klik Untuk Melihat Output

Text

Name

txtInput

Picture

Name

Backcolor

picOutput

Pilih warna yang sesuai

 

Jadual 6.7

 

Kod aturcara adalah seperti berikut:

 

Private Sub cmdclick_click()

Dim x As Integer

Dim y As Integer

x = Val(txtinput.Text)

picOutput.Print "Ini adalah hasil output"

picOutput.Print Chr(13)

Do While x >= 1

For y = 1 To x

   picOutput.Print "* ";

Next y

   picOutput.Print Chr(13)

x = x - 1

Loop

End Sub

 

Paparan selepas dilaksanakan

Text Box:

 

 

 

 

 

 

 

Rajah 6.14

 

 

Aktiviti 5:  Operasi Tolak Untuk Tahap Satu

Aturcara ini akan melaksanakan operasi tolak untuk tahap satu dengan menggunakan Struktur

Do …..Loop Until

Sediakan satu antaramuka seperti dalam gambarajah.

 

Paparan Form dalam persekitaran IDE

Rectangular Callout: lblNilaiY
Rectangular Callout: lblTitle
Rectangular Callout: lblEquals
Text Box:

Rectangular Callout: txtAnswer
Rectangular Callout: cmdSoalan
 

 

 

 

 

 

 

 

 


Rajah 6.15

 

 

 

Tetapkan   sifat-sifat objek (Object Properties) seperti dalam Jadual  Object Properties di bawah.

 

Jadual Sifat-sifat Objek (Object Properties)

 

Object

Name

Properties

Form

Name

Caption

frmOutput

Form1

Label

Name

Caption

Backcolor

lblTitle

Latihan operasi  tolak

Pilih yang sesuai

Name

Backcolor

lblNilaiX

Pilih yang sesuai

Name

Backcolor

lblNilaiY

Pilih yang sesuai

Name

Caption

lbltolak

-

Name

Caption

lblequals

=

Name

lblRespons

Text

Name

txtAnswer

Command Button

Name

Caption

cmdOK

Klik Untuk Jawapan

Name

Caption

cmdSoalan

Soalan Baru

Name

Caption

CmdTamat

TAMAT

 

Jadual 6.8

 

Kod untuk aturcara ini adalah seperti berikut:

 

Option Explicit

Dim NilaiX As Integer, NilaiY As Integer

Dim Correct As Integer

 

Private Sub cmdOK_Click()

Correct = NilaiX - NilaiY

If Val(txtAnswer.Text) = Correct Then

lblRespons.Caption = "Tepat jawapan anda !"

Else

lblRespons.Caption = "Sila cuba lagi !"

txtAnswer.Text = ""

txtAnswer.SetFocus

End If

End Sub

 

Private Sub cmdSoalan_Click()

lblRespons.Caption = ""

txtAnswer.Text = ""

txtAnswer.SetFocus

NilaiX = Int(Rnd * 99)

Do

NilaiY = Int(Rnd * 99)

Loop Until NilaiY < NilaiX

lblNilaiX.Caption = NilaiX

lblNilaiY.Caption = NilaiY

End Sub

Private Sub cmdTamat_Click()

End

End Sub

 

Private Sub Form_Load()

Randomize

lblRespons.Caption = ""

NilaiX = Int(Rnd * 99)

Do

NilaiY = Int(Rnd * 99)

Loop Until NilaiY < NilaiX

lblNilaiX.Caption = NilaiX

lblNilaiY.Caption = NilaiY

End Sub

 

 

Paparan selepas dilaksanakan

Text Box:

 

 

 

 

 

 

                                              Rajah 6 -  19


 

Aktiviti 6: Menjadi Jutawan

 Aturcara ini akan mengira bilangan tahun yang diambil untuk seseorang menjadi jutawan dengan menggunakan Struktur While … Wend.

Sediakan satu antaramuka seperti dalam gambarajah.

 

Paparan Form dalam persekitaran IDE

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


            Rajah 6 -  20

 

 

Tetapkan   sifat-sifat objek (Object Properties) seperti  dalam Jadual  Object Properties di bawah.

 

 

Jadual Sifat-sifat Objek (Object Properties)

 

Object

Properties

Label

Name

Caption

Backcolor

lblTitle

Aturcara untuk seorang Jutawan

Pilih yang sesuai

Name

Caption

Backcolor

lblNama

Nama Pemegan Akaun

Pilih Yang sesuai

Name

Caption

Backcolor

lblCash

Tunai yang dibankkan

Pilih yang sesuai

Text

Name

txtNama

Name

txtCash

Picture

Name

Backcolor

picOutput

Pilih Yang Sesuai

 

Command Button

Name

Caption

cmdTerus

TERUSKAN

Name

Caption

cmdClick

You Want To Be A Millionaire

Name

Caption

cmdTamat

TAMAT

 

                                          Jadual 6.9

Kod untuk aturcara ini adalah

Private Sub cmdClick_Click()

   Dim Baki As Single

   Dim Tahun As Integer

   picOutput.Cls

   N = txtNama.Text

   Baki = Val(txtCash.Text)

   Tahun = 0

   While Baki < 1000000

      Baki = Baki + 0.1 * Baki

      Tahun = Tahun + 1

   Wend

   picOutput.Print Chr(13)

   picOutput.Print N; ", Dalam"; Tahun; "tahun,"

   picOutput.Print "anda akan menjadi seorang jutawan."

End Sub

 

Private Sub cmdTerus_Click()

   txtNama.Text = ""

   txtCash.Text = ""

   picOutput.Cls

   txtNama.SetFocus

End Sub

 

Private Sub cmdTamat_Click()

   Unload Me

End Sub

 

 

 

Paparan selepas dilaksanakan

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Rajah 6 -  21

 

Penilaian Kendiri

1.       Tuliskan satu pernyataan If Then …ElseIf yang akan menyebabkan komputer beep apabila pengguna memasukkan suatu nombor yang bernilai di antara 16 dan 26.

2.       Apakah kesilapan dalam pernyataan berikut?

If   pinjaman  >  Baki  Then

Msg = “Keluaran duit  melebihi had”

Else

      Msg = “Anda masih mempunyai baki dalam akaun”

End Else

 

 

3.       Apa akan berlaku jika setiap CASE dalam suatu struktur SELECT CASE gagal dan jika tidak wujudnya opsyen CASE ELSE?

4.   Apakah perbezaan di antara DO…Loop While dan Do Loop Until?

5.   Tuliskan sintaks bagi  operasi For…Next, Do While…Loop dan Do…Until Loop?

6.   Bolehkah setiap operasi For…Next ditulis semula sebagai operasi Do…Loop While?  Terangkan jawaban anda.

7.   Bolehkah operasi Do…Until  Loop ditulis semula sebagai operasi While…Wend?  Terangkan jawapan anda.

 

Latihan

1.       Bina suatu program untuk meminta password daripada pengguna.

2.       Bina suatu program untuk meneka nilai suatu nombor yang telah dipilih oleh komputer.

3.       Bina satu program tic-tac-toe.

4.       Tuliskan satu aturcara untuk menghasilkan output seperti di bawah menggunakan pernyataan For…Next

*  *  *  *  *  *

*  *  *  *  *

*  *  *  *

*  *  *

*  *

*

 

5.       Berapa kali  gelung berikut akan terlaksana?

J = 10

Do while J >= 1

J = J – 1

Loop

 

6.       Tuliskan satu aturcara dengan gelung tersarang (Nested Loop) di mana pernyataan loop dalaman akan dilaksanakan 5 kali untuk setiap perlaksanaan loop luaran.